Followers

Friday 4 April 2014

Renungan :)


Kita tak boleh suruh seseorang tunggu kita. Kasihan dia. Sebab terpaksa tunggu kita habis belajar, perbaiki diri, dan lain-lain perkara yang kita perlu buat.
Lepaskanlah. Itu yang terbaik. Dan jangan lupa untuk doakan yang terbaik juga untuk dia. Tak baik halang orang dalam mencari kebahagiaan. Dia juga berhak untuk bahagia. Kalau kita suruh dia tunggu, kita seolah-olah menyekat kebahagiaan dia. Itu zalim namanya.
Lepaskanlah. Barulah jiwa tenang.
Kalau Allah SWT dah tetapkan dia jodoh kita, memang pastinya dia akan kahwin dengan kita, hidup bersama dengan kita. Kalau betul dia jodoh kita, tiada seorang pun yang boleh memiliki dia selain kita.
Jadi tak perlu gundah gulana.
Yang penting sekarang, usaha perbaiki diri kita. Jadi hamba Allah yang berguna untuk agamaNya.
Ya Allah , seboleh-bolehnya kau matikanlah aku dalam keadaan Husnul Qhatimah :')


Thursday 3 April 2014

Keinginanku Ke Tanah Suci Mekah..

Assalamualaikum.. entah kenapa yaa , aku rasa nak sgt post pasal ni walau aku tgh sibuk study untuk final aku tk lama lagi sekarang nii tp hatiku ini nak jugak berbicara mengenai ini.. Setiap detik , setiap saat mesti aku terfikir , adakah aku sempat untuk aku mengerjakan umrah bersama-sama mak abahku dengan menggunakan duit gaji aku sendiri nanti ? atau aku yang akan dijemput Ilahi terlebih dulu nanti ? Ya Allah , berilah aku kesemapatan untuk aku bawak mak abah ke tanah suci dulu sebelum kau ambil nyawaku ini.. Aku merayu padamu Ya Allah , beri aku peluang ini sebelum aku pergi untuk selama-lamanya.. Ake sedar aku sememangnya bukanlah hamba yang layak untuk syurgamu Ya Allah , tapi izinkan aku untuk balas budi baik mak abah yang selama ni sanggup bersusah payah demi aku dan adik-adikku dan telah beri kami didikkan ilmu duniawi dan ukhrawi yang sempurna bagiku.. Aku berjanji akan cuba jadi anak yang terbaik untuk mak abah selagi hayatku masih dikandung badan.. Justeru , aku hanya mampu bermohon dan berserah kepada-MU agar diberikan peluang itu.. Amin Yarobbala'lamin..
Mak abah , nanti kalau nurul dah tiada di dunia ini nurul nak dapat tempat teristimewa di hati mak abah dengan apa yang nurul berpeluang buat dekat mak abah selagi nurul masih bernafas.. Nurul minta maaf kerana selama ni nurul ada buat salah di depan dan belakang mak abah yaa.. Halalkan semuanya untuk nurul.. Nurul sayang mak abah hingga akhir hayat nurul.. :')


left love .


muslimah corner ~


background

fd ~

float :)